Brands
 
Shopping Cart
0 items
 
Bestsellers
 
Featured
Penulisan Sejarah Penulisan Sejarah
MYR 18.00  
 

Business

PERNIAGAAN DAN AKTIVITI KoUPay

  1. Menyediakan perkhidmaan pembayaran elektronik kepada anggota Akaun tabungan dan simpanan untuk ahli-ahli koperasi dimana keuntungan dapat disalurkan sebagai keuntungan berbayar untuk akaun simpanan dan tabungan. Setiap akaun tabungan yang dibuka akan disertakan dengan kad KoUPay yang dapat digunakan sebagai medium pembayaran elektronik Setiap akaun kad KoUPay membenarkan pemegang menjalankan transaksi elektronik sebagai pengguna. Dengan kelengkapan kit merchant tambahan, pemegang upay dapat menerima pembayaran secara elektronik untuk pasaran dan pesanan elektronik mereka.
     
  2. Menjalankan aktiviti perusahaan, perdagangan, peruncitan dan pemborongan barangan pengguna Sebagai koperasi yang aktiviti utamanya menggalakkan perniagaan elektronik, koperasi juga mewujudkan KoUPay eMall di mana ahli-ahli koperasi dapat menjual dan memasarkan produk dan servis mereka di mana pesanan dapat dibuat dan pembayaran kepada pesanan dapat diterima. KoUPay akan menyediakan pusat pemasaran perniagaan elektronik untuk ahli ko-upay secara elektronik dan maya melalui http://www.koupay.com ataupun http://ko-upay.com. KoUPay akan juga menyediakan pusat pemasaran dan pusat ahli secara fisikal. Tempat yang dicadangkan adalah satu ruang-kedai di tingkat bawah Plaza Ampang City. Pengeluar dan pengusaha produk makanan, kesihatan, kraftangan, perkhidmatan dan sebagainya, dijemput dan dialu-alukan untuk turut serta mempamerkan produk keluaranya di eMall tersebut. Pelbagai program promosi akan diperhebat bagi menarik minat orang ramai datang ke eMall di Plaza Ampang City.
  3. Menyediakan kemudahan pinjaman barangan pengguna kepada anggota KoUPay akan menyediakan pinjaman kepada ahli untuk pembelian barangan pengguna seperti kelengkapan rumah, kenderaan, rumah kediaman, rumah kedai dan sebagainya.
     
  4. Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan
    • Menggunakan modal/saham untuk menyediakan (Provision of UPay Solutions and system outsource services) :
      • sistem gerbang pembayaran
      • sistem keahlian dan akaun tabungan UPay
      • sistem perdagangan elektronik dan penyelesaian perdagangan elektronik UPay
      • Sistem perdagangan elektronik dan penyelesaian elektronik token pembayaran lain seperti VISA, MasterCard, BankCard, dan lain-lain
    • Sistem tersebut digunakan untuk kegunaan ahli-ahli KoUPay
    • Sistem tersebut boleh dipasarkan sebagai langganan kepada penyedia- penyedia perkhidmatan UPay dan juga penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik yang lain.
       
  5. Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta Pelaburan dan pembiayaan projek dilaksanakan untuk projek-projek yang membawa pulangan yang memberangsangkan untuk KoUPay termasuklah membiayai projek-projek UPay di seluruh dunia.
     
  6. Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya. Membuat subsidiari yang menjalankan perkhidmatan pembayaran elektronik, pengrekrutan pedagang elektronik dan perkhidmatan pemprosen pembayaran elektronik.  Perniagaan ini akan membekal perkhidmatan dan produk kepada pedagang pembayaran elektronik dalam bentuk:
    • Online Payment
    • Virtual Online Terminal
    • Mobile Virtual Payment Terminal (dalam peringkat akhir perlaksanaan)
    • 3rd party EDC payment terminal provider